nuffnang adds

Hello strangers, Welcome to my reality world :)

What a bored dayyyyyy


Asalammualaikum peeps, hello people..how was your day today? It is fun or maybe not? Ok harini ialah hari yg paling booshhhaaann sekali, aduyai bila la poli nak bukak..hai masalah betul. Bila xde cuti mrungut but bila da cuti nak cepat-cepat balik plak,masalah botui la.Entahla bila da lama sangat cuti ni rasa macam tak tahu nak watpe plak. Ok lah al-kisahnya bermula dari pukul 8.30 pagi.Bangun dari katil mendengar keadaan di rumah yang sunyi sepi dalam keadaan yang suram.Terus bangkit dari katil dan kemas katil.Rutin harian yang tidak pernah tinggal even seminit pun. Mencapai tuala dan terus membuka pintu bilik dan terus ke toilet. Semasa melalui perjalanan ke toilet ternampak kelibat mama tengah sibuk mengemas dapur dan mata cuba menjeling kak long yang tengah sibuk membelek majalah untuk mencari sumber inspirasi fesyen baju pengantin.Maklum la org tgh sibuk nak kahwin hujung tahun ni kan.Kaki terus melangkah ke dalam toilet. Melihat cermin dan dalam hati berkata bila la nak hilang bekas jerawat ni. Dah berbulan-bulan aku nunggu,tak hilang-hilang lagi. Jenuh aku nempek sume petua yg ada kat muka ni.haishh. Tapi tak mengapa jerawat itu adalah perkara biasa.tak kisah pun. 


Selesai mandi dan memakai baju yang selesa untuk melepak di rumah sahaja.Kebiasaannya aku,mama,kak long and mak(opah) akan keluar untuk mencari mamak time-time gini.Maksudnya makan breakfast di mamak la. Tapi hari ni terasa malasnye sebab semalam baru saja pulang dari kampung dan badan pun masih dalam keadaan letih. Mencapai cawan dan menuang air teh tarik yang dibuat oleh mama membuatkan otak terasa freshnye di pagi hari. 


Selepas itu mama yang telah menyiapkan tugas mengemas dapur terus datang kepadaku dan menyuruh untuk memasak hari ni. Aku apa lagi membuat muka blur la. Baru nak bukak surat khabar tapi disuruhnya memasak. Ok takpe mama adik buat.Itulah jawapan yang diberi oleh aku sendiri. Hahaha boleh caye ke aku masak.hehe.Mama menyuruh aku menyiapkan bahan-bahan yang diperlukan.Selepas itu bunyi bising dari dapur didengar oleh jiran sekeliling. Nak tahu aku masak ape? Mee Goreng jerrr. 



Haha inilah rupanya mee goring yang aku masak sendiri. Boleh la untuk kenyangkan perut. Selepas da selesai makan mama pula menyuruh aku untuk masak lauk. Dan ape lagi masak je la. Lauk fevered kami sekeluarga aku dah masak. Ayam masak merah and sayur campur.


sayur campur

ayam masak merah

Inilah rupenya ye masakan yang dimasak oleh aku sendiri. Haha jadila untuk family makan. Tak banyak pun 2 jenis lauk jer sebab kami sekeluarga tak makan banyak pun.

Haha so aku boleh gak masak. Bagi sape-sape yang kata aku tak pandai masak tu boleh tutup mulut and diam sudah. Tak yah cakap banyak kang aku ambik gak senduk katuk kepala tu kang. Banyak songeh plak nak kata org. Aku ngaku gak yang aku tak pandai masak but at least aku try ok. Dari mulut yang pot pet pot pet tak duk diam nak kata org tu. Arghhh manusia..pelissss. 


Selesai je makan tengah hari terus saja ke bilik air dan ambil wuduk utk selesaikan solat zuhur. Selepas itu cuba memetik remote tv utk mencari siaran tv yg best. Tapi syg seribu kali syg indon jgak kau beri kat aku. Ok tutup je la dari membazir letrik.Sebenarnya bukan letrik yang membazir tapi duit yang mengalir seperti air. Bukak lappy dan trus mencapai broadband. Haha xtvt harian. On9 FB. Hrmmm bosan. Laman Twitter,Youtube, Blog sume dibuka. Aduiii bosan. Haha baru teringat laman tutorial Youtube yang dibuka aku smlm aku tak try pun lagi. Selalunya aku buka Youtube nak tgok DIY or cara-cara makeup and sebagainya. DIY tutorial yg dilihat di Youtube trus dicuba and done hehe. Aku try cuba buat bow ring. Ambik saja reben yang sepah kat bilik and cincin yang lama dan tidak digunakan lagi. And perfect. So cute. Hehe dalam hati buat duit ok gak ni hihihi.

Jam suda menunjukkan pukul 4 dan terus membuka tv utk melihat cerita Suri. Wahh best jugak ceritanya but aku benci sungguh nengok si Kira tu. Tak habis-habis nak membuli Suri tu.Jam pukul 5 tepat menandakan waktu aku untuk mandi petang pula. Hehe. Selepas itu aku duduk di ruang tamu dgn membuat muka kebosanan melanda. Nampak saja lappy yang terletak di atas meja dan terus membuka dan main game. Haha habis citer. Selepas tu rasa bosan bebenor dan terlampau bosan. Dalam kebosanan aku still tunggu Mr.H utk call aku. Dari pagi dia x call-call aku lgsg. Semalam katanye xde kedit. Mungkin sehingga skrg dia xde kedit gak kut. Tapi takpela Mr. H saya faham awak sibuk. Tapi tetap dalam hati meluahkan kata rindu yang teramat sangat. Nak buat camno dah jauh.

Selepas itu dering hdphone berbunyi dan mencapai. No yang tidak dikenali dan terus mengangkat. Ya betul sangkaan aku Mr. H J (dalam hati berbunga) Puas bersembang dgn Mr.H. Maghrib sudah tiba. Bermakna malam pun sudah mula. Bulan pun keluar menghiasi malam yg indah. Arhhh what a bored day but I think it was so fun hahhaha. Tomorrow will repeat the same thing that I’ve done.

the writer,
Nadira Shafei