
Esok
Sekiranya esok adalah hari yang paling bahagia
Aku bersyukur kepada Tuhan
Kerana Dia telah membuatkan diriku begitu bahagia
Akan ku kenang memori indah ini sampai bila-bila
Dan akan aku jadikan hari seterusnya begitu indah daripada sebelumnya
Esok
Sekiranya esok adalah hari yang paling sedih
Aku bersyukur kepada Tuhan
Kerana Dia telah mengajar diriku untuk teruskan hidup dan tabah dalam segala dugaan
Akan ku kenang memori duka ini untuk pengajaran dalam hidupku
Dan akan ku jadikan hari seterusnya begitu indah daripada sebelumnya
Esok
sekiranya esok adalah hari yang paling malang
Aku bersyukur kapada Tuhan
Kerana Dia telah memberikan ujian kepada ku dalam liku-liku kehidupan
Akan ku kenang memori ini sebagai pengajaran agar aku dapat menempuh segala dugaan yang diuji oleh-Nya
Dan akan ku jadikan hari seterusnya begitu indah daripada sebelumnya
nadira shafei
7.45 p.m.