nuffnang adds

Hello strangers, Welcome to my reality world :)

Kini Aku Bernafas


Aku tak boleh hidup mcm ni
Aku yg derita dia yg bahagia
Aku tak boleh lagi diperbodohkan
Oleh manusia yg hanya tertawa pabila melihat aku terseksa
Aku tak boleh derita
Aku perlu bangkit untuk menentang segala cacian dan hinaan
Aku percaya walaupun dalam dunia ni berjuta-juta manusia tapi tak mungkin hanya dia sahaja yg bertandukkan syaitan
Memang manusia tak boleh dibuat baik
Baru sahaja beri permata, kaca juga yang kau balas
Aku perlu bangkit demi semangat yang aku bawa dari titik permulaan
Ya Allah Ya Tuhanku,
Lindungilah hambamu walau dimana jua
Lindungilah aku sekiranya aku lemah menerima cacian
Aku perlu buktikan kepada org yang aku mampu melawan segala hinaan
Aku perlu tunjuk yang aku kuat
Aku perlu bangkit untuk meneruskan hidup
Hidup ku dulu yang penuh keceriaan menjadi hitam
Dengan titik darah yg beri jiwa dan semangat
Akan ku bangkit menentang segala hinaan
Akan ku buktikan yg aku boleh terus hidup
Akan aku hidupkan dunia ku yang dulu
Yang gelap akan menjadi terang
Tak perlu lagi aku menyuluh dan mencari siapa diriku dan kemana haluan ku
Akan aku rentas segala cabaran dan dugaan demi satu persatu dengan cahaya yg menyinar di dalam diriku
Semoga doa dan nasihat yg diberi kedua ibu bapa ku akan ku bawa menjadi bekalan hingga ke akhir hayat
Semoga aku tidak akan letih mengharungi cabaran ini
Aku akan berjanji akan ku bawa segala hadiah yang diidamkan oleh kedua ibubapa ku
Akan ku genggam hingga ke akhir hayat
Hanya laungan “Allahuakbar” akan ku hidup
Kini ku bangkit dengan segala impian dan keinginan yang akan terbukti suatu hari nanti
Semoga aku tidak akan berpatah balik
Aku tidak akan pernah kalah
Hidup lah kau wahai Nadira
Celik mata engkau yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T
Mengucaplah engkau pabila dilanda kesakitan yang teramat di lubuk hati
Gengamkanlah senjata yang diberi oleh racun yang berbisa
Supaya engkau bangkit untuk mencari penawar yang terluka
Dengan kalimah “Bismillahhirahmanirrahim”
Aturkan segala langkah engkau demi satu persatu
Aturkan segala strategi untuk mencapai kejayaan
Biarkan mereka yang menghina engkau
Biarkan mereka mencaci engkau sampai letih
Biarkan mereka
Hanya anggap sahaja mereka itu hanya manusia yang takut dengan kekalahan dan semangat engkau
Biarkan sampai mereka letih
Jalan lah ke jalan yang penuh warna-warni
Bukan jalan yang gelap yang sentiasa menakutkan jiwa engkau
Jangan biarkan cahaya itu pudar
Kuatkan semangat kau
Kuatkankan lah ingatanmu terhadap ibubapamu
Dimana impian mu
Dimana cita-cita mu
Kejarlah ia sampai akhir hayat
Pejuangkan keadilan mu
Jangan pernah kau mengeluh
Jangan pernah kau berasa letih
Hidupkan semangatmu yang tidak akan luntur
Pulihkan semangatmu yang sakit
Laungkanlah kemerdekaan terhadap diri engkau ini pabila kau mampu menggenggam kejayan yang kau miliki
Kuncilah dirimu dengan penuh kesabaran, kesyukuran , keyakinan dan doa yang mampu melindungi engkau untuk kejayaan
Katakanlah yang kau boleh mengharungi segala liku dan onak yang berduri
Janganlah kau patahkan jiwa angkau yang telah sedar dari lamunan mimpi
Dulu kau telah tiduri dengan segala ketakutan dan kebencian yang menjiwai diri
Kini kau perlu bangkit untuk melawan segala jiwa yang telah menyelubungi jiwa yg separuh sedar dulu
Bangkitlah dan jangan pernah kau biarkan mereka mentertawakan kau
Satu hari nanti kau pasti berjaya
Carilah kebahagiaan kau
Carilah ketenangan jiwa kau
Senyum lah tatkala mereka mentertawakan diri engkau
Senyumlah tatkala kau menghadapi segala dugaan
Harungilah segala lautan yang membuatkan kau menjadi lemas untuk berenang
Biarlah kau sampai ke tempat dimana kau berpijak
Pijaklah di bumi yang nyata
Fikirkanlah orang yang menyayangi diri engkau tatkala kau menerima kesusahandah kepayahan
Harungilah demi mereka
Ucapkanlah kata-kata yang kau mampu lakukan
Jangan biarkan diri engkau terpesong dari lamunan mimpi
Fikirkanlah kedamaian dan keseronokan
Fikirkanlah demi diri engkau yang telah lama kau sakiti
Jangan biarkan diri engkau disakiti seperti dulu
Bangkit berjuang demi azammu
Dengan lafaz “Bismillahirahmanirrahim”
Langkah lah dengan perlahan-lahan agar engkau tidak salah memilih jalan
Jangan pernah kau berasa gentar
Jangan pernah kau berpatah balik
Jangan pernah kau melihat kebelakang
Pandang kehadapan mencari jiwamu yang separuh lagi
Jangan pernah berasa takut
Harapan, doa dari ibu bapamu akan menjadi bekalan
Allah S.W.T akan menemanmu hingga ke akhir hayat.