nuffnang adds

Hello strangers, Welcome to my reality world :)

Perjalanan


Aku berjalan menuju terus ke hadapan
Berjalan tanpa mengenali jalan yang benar
Bukan mencari jalan yang pintas
Mencari sesuatu yang hilang
Mencari sesuatu yang belum pernah ku temui
Walaupun masa makin banyak telah aku buangkan

Aku sentiasa redha dengan takdir Tuhan
Sentiasa berdoa kepada-Nya agar dapat ketemui segalanya
Aku berjalan tanpa menoleh ke belakang
Berjalan laju dan terus laju tetapi aku masih berhati-hati

Dunia semakin gelap dan sempit
semakin hari semakin ke bawah
Adakah itu tanda untuk aku berputus asa
Tanda yang tidak ada jawapannya
Adakah aku ingkar kepadaNya
Adakah aku masih belum temui kesudahannya

Dia tak pernah lupa kepadaku
Tak pernah lupa kepada kita
Untuk apa kita perlu lupa kepadaNya
Kerana Dia akan memimpin ku dalam setiap langkah

Aku tak pernah takut
Aku tak pernah rasa kecundang walaupun aku sentiasa diperlekehkan
Manusia sentiasa berkata "Don't judge the book by is cover"
Tapi...hrmm
Aku terus berjalan untuk mencari jawapannya
Terlalu banyak onak dan duri
Terlalu banyak suara yang tertawa
Aku tak pernah takut
Tawa mereka ialah jawapan kepadaku

Aku teruskan langkah untuk mencari kebenaran
Kebenaran yang akan menghentikan suara mereka yang tertawa
Akan ku cuba untuk mempertahankan
Hanya pada Allah sahaja yang aku mampu berdoa
Agar sentiasa dipanjangkan umur dan sihat