nuffnang adds

Hello strangers, Welcome to my reality world :)

November Kembali

Hai. Assalamualaikum.
Sihat?
Ye, i'm back. November pun kembali.
Terlalu lama aku meninggalkan teman sejati aku ni.
Dah berusang pulak. Takpe malam ni aku kemaskan kau ye.
Teman sejati?
Ye teman sejati. Kat sinilah aku luahkan apa yang aku rasa. Apa yang aku alami.
tapi bukan semua kerana komunikasi zaman sekarang bukan mudah untuk dipercayai kerana manusia yang hanya bertindak dengan cara yang salah.


Baiklah, kembali pada tajuk , November .
Apa ada pada November.
Ya macam-macam berlaku.
Setiap perkara berlaku dengan cepat seperti angin yang meniup ke arah selendangku.
Ada yang sedih.
Ada yang gembira.
Ada yang aku gelisahkan.


Aku gembira sebab aku dah habis Praktikal. Yeayyy, no more works to do and no more "Punch Card" words.
Aku gembira sebab semua orang yang aku kenal dekat situ baik-baik belaka. Ramah-tamah pulak tu.
Aku gembira sebab aku dapat peluang bekerja dengan orang yang mempunyai pengalaman yang bagus. Cara kerja yang terlalu  extreem tetapi mood bekerja relax + chill = Chillax.
Aku gembira sebab dapat kawan-kawan baru walaupun mereka jauh lebih tua dari aku dan matang.
Aku gembira sebab aku dah kembali senyum =)
Aku gembira sebab aku dah jadi makshuuu. I LOVE YOU IMAN <3 p="">Aku gembira sebab aku akan jumpa dengan kawan-kawan poli.
Aku gembira sebab aku dapat sambut birthday sahabat sejati aku, Elin :) Happy Birthday syg.
Aku gembira sebab aku gembira laaa hahaha.


Aku sedih sebab aku terpaksa berpisah dengan warga MAIPk ;( terutamanya kau , kau , kau , dan kau. (Wahh banyaknya kau, haha)
Aku sedih sebab lepas ni aku dah tak dapat jumpa kawan-kawan di MAIPk.
Aku sedih sebab aku lepas ni aku kena duduk jauh dengan keluarga ;( (takpe demi nak pegang diploma)
Aku sedih sebab aku tak mampu untuk turutkan apa yang aku hajati setelah sekian lama. Mungkin tiada rezeki kali ini.
Aku sedih sebab aku tak mampu untuk ungkapkan kata-kata yang aku tak mampu luahkan. Maaf kepada kamu.
Aku sedih sebab aku selalu buat silap dengan mama dan abah. Adik bukan anak yang baik mama dan abah tapi adik yakin mampu untuk membahagiakan semua.
Aku sedih sebab aku tak mampu untuk ubahkan segalanya. Aku bukan Tuhan Yang Mampu untuk melakukan segalanya.


Aku gelisah sebab report praktikal aku rasa tak cukup bahan walaupun dah siap lama. haigooo!
Aku gelisah sebab lagi 2 hari dah nak present. OMG!
Aku gelisah sebab aku bakal menaiki sem kelima
Aku gelisah sebab aku rasa aku sedih sebab apa yang berlaku dalam beberapa bulan ni.
Aku gelisah sebab aku tak tahu pun apa yang kau rasa sebenarnya :( Maaf
Aku gelisah sebab aku tak mampu untuk memberi jawapan yang pasti sebab aku ada pilihan sendiri tapi...jujur aku tak mampu luahkan.
Aku gelisah sebab aku tak tahu macam mana nak hadap kau lagi. Gelisah sebab rasa bersalah pada kau.
Aku gelisah sebab aku tertanya-tanya apa yang berlaku pada masa akan datang.
Aku gelisah sebab aku tak mampu untuk menceriakan aku sendiri. Maaf pada diri.


Hanya Tuhan saja yang mampu untuk dorongi aku. Lindungi aku kemana jua. Bismillah.