nuffnang adds

Hello strangers, Welcome to my reality world :)

Bismillah..







Assalamualaikum :) 
Sudah berhabuk blog ni. 
Sorry dah lama tidak update sebab busy dengan class and so on. 
Sekarang ni tengah cuti sem, sekejap je kan nak habiskan diploma ni. 
Makin lama makin tua rasanya ;)
I hope I will change :)



 Its not for azam tahun baru or what but bila-bila pun kita boleh berazamkan? tidak kira masa atau tempat. 





So Now....
 .
.
.
.
.
.
 .
 .
.
.
.
.

 

I Will Change :)


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 Semoga perubahan ini akan berterusan. Amin =D


Assalamualaikum. Goodbye .



 

November Kembali

Hai. Assalamualaikum.
Sihat?
Ye, i'm back. November pun kembali.
Terlalu lama aku meninggalkan teman sejati aku ni.
Dah berusang pulak. Takpe malam ni aku kemaskan kau ye.
Teman sejati?
Ye teman sejati. Kat sinilah aku luahkan apa yang aku rasa. Apa yang aku alami.
tapi bukan semua kerana komunikasi zaman sekarang bukan mudah untuk dipercayai kerana manusia yang hanya bertindak dengan cara yang salah.


Baiklah, kembali pada tajuk , November .
Apa ada pada November.
Ya macam-macam berlaku.
Setiap perkara berlaku dengan cepat seperti angin yang meniup ke arah selendangku.
Ada yang sedih.
Ada yang gembira.
Ada yang aku gelisahkan.


Aku gembira sebab aku dah habis Praktikal. Yeayyy, no more works to do and no more "Punch Card" words.
Aku gembira sebab semua orang yang aku kenal dekat situ baik-baik belaka. Ramah-tamah pulak tu.
Aku gembira sebab aku dapat peluang bekerja dengan orang yang mempunyai pengalaman yang bagus. Cara kerja yang terlalu  extreem tetapi mood bekerja relax + chill = Chillax.
Aku gembira sebab dapat kawan-kawan baru walaupun mereka jauh lebih tua dari aku dan matang.
Aku gembira sebab aku dah kembali senyum =)
Aku gembira sebab aku dah jadi makshuuu. I LOVE YOU IMAN <3 p="">Aku gembira sebab aku akan jumpa dengan kawan-kawan poli.
Aku gembira sebab aku dapat sambut birthday sahabat sejati aku, Elin :) Happy Birthday syg.
Aku gembira sebab aku gembira laaa hahaha.


Aku sedih sebab aku terpaksa berpisah dengan warga MAIPk ;( terutamanya kau , kau , kau , dan kau. (Wahh banyaknya kau, haha)
Aku sedih sebab lepas ni aku dah tak dapat jumpa kawan-kawan di MAIPk.
Aku sedih sebab aku lepas ni aku kena duduk jauh dengan keluarga ;( (takpe demi nak pegang diploma)
Aku sedih sebab aku tak mampu untuk turutkan apa yang aku hajati setelah sekian lama. Mungkin tiada rezeki kali ini.
Aku sedih sebab aku tak mampu untuk ungkapkan kata-kata yang aku tak mampu luahkan. Maaf kepada kamu.
Aku sedih sebab aku selalu buat silap dengan mama dan abah. Adik bukan anak yang baik mama dan abah tapi adik yakin mampu untuk membahagiakan semua.
Aku sedih sebab aku tak mampu untuk ubahkan segalanya. Aku bukan Tuhan Yang Mampu untuk melakukan segalanya.


Aku gelisah sebab report praktikal aku rasa tak cukup bahan walaupun dah siap lama. haigooo!
Aku gelisah sebab lagi 2 hari dah nak present. OMG!
Aku gelisah sebab aku bakal menaiki sem kelima
Aku gelisah sebab aku rasa aku sedih sebab apa yang berlaku dalam beberapa bulan ni.
Aku gelisah sebab aku tak tahu pun apa yang kau rasa sebenarnya :( Maaf
Aku gelisah sebab aku tak mampu untuk memberi jawapan yang pasti sebab aku ada pilihan sendiri tapi...jujur aku tak mampu luahkan.
Aku gelisah sebab aku tak tahu macam mana nak hadap kau lagi. Gelisah sebab rasa bersalah pada kau.
Aku gelisah sebab aku tertanya-tanya apa yang berlaku pada masa akan datang.
Aku gelisah sebab aku tak mampu untuk menceriakan aku sendiri. Maaf pada diri.


Hanya Tuhan saja yang mampu untuk dorongi aku. Lindungi aku kemana jua. Bismillah. 

Cerita Prektikel

Salam, Hey
Sekejap je masa dah berlalu. Tup Tup da masuk bulan July
Harini hari Jumaat, So dah 3 minggu aku praktikal 
So far so good, Alhamdulillah
Cuma kadang-kadang kerja takde so rasa bosan jugaklah
Tapi takpe janji bila gua dapat kerja sume mesti beressss hehe

Pengalaman aku berkerja sooooo memenatkan
Fiuhhhhh... Tak tahu nak cakap apa dah
Tapi staff sume ok. sampai ada masa aku tak tahan nak gelak
Aku duk dalam ofis jer, tak kuar mana. just wat kerja office and sambil tu ada benda marketing aku terapkan. Actually marketing bukan hanya sekadar benda yang kita perlu jual tapi perkara or tujuan untuk kita mempertemukan sesama individu yang lain juga dikatakan marketing. Ok itu apa yang aku dah belajar lah jugak dari pengalaman selama aku practical kat sini. 
Alhamdulillah, Cuma yang penat kena terkejar-kejarkan pasal punch card haha.
 Bila time rest just duduk goyang kaki and online woots-woots
 
Semoga setiap perkara Allah berkatkan, Aminnnn
Mudah-mudahan apa yang aku belajar ni akan aku ingatkan. 
So sampai sinilah aku cerita kan pasal praktikal ni. Bye. See you soon.

Perjalanan


Aku berjalan menuju terus ke hadapan
Berjalan tanpa mengenali jalan yang benar
Bukan mencari jalan yang pintas
Mencari sesuatu yang hilang
Mencari sesuatu yang belum pernah ku temui
Walaupun masa makin banyak telah aku buangkan

Aku sentiasa redha dengan takdir Tuhan
Sentiasa berdoa kepada-Nya agar dapat ketemui segalanya
Aku berjalan tanpa menoleh ke belakang
Berjalan laju dan terus laju tetapi aku masih berhati-hati

Dunia semakin gelap dan sempit
semakin hari semakin ke bawah
Adakah itu tanda untuk aku berputus asa
Tanda yang tidak ada jawapannya
Adakah aku ingkar kepadaNya
Adakah aku masih belum temui kesudahannya

Dia tak pernah lupa kepadaku
Tak pernah lupa kepada kita
Untuk apa kita perlu lupa kepadaNya
Kerana Dia akan memimpin ku dalam setiap langkah

Aku tak pernah takut
Aku tak pernah rasa kecundang walaupun aku sentiasa diperlekehkan
Manusia sentiasa berkata "Don't judge the book by is cover"
Tapi...hrmm
Aku terus berjalan untuk mencari jawapannya
Terlalu banyak onak dan duri
Terlalu banyak suara yang tertawa
Aku tak pernah takut
Tawa mereka ialah jawapan kepadaku

Aku teruskan langkah untuk mencari kebenaran
Kebenaran yang akan menghentikan suara mereka yang tertawa
Akan ku cuba untuk mempertahankan
Hanya pada Allah sahaja yang aku mampu berdoa
Agar sentiasa dipanjangkan umur dan sihat

Awake


Salam guys, 
Hurmm always dreaming and dreaming, tup tup dah nak practical.
Actually rasa gementar ni nak masuk practical besok but redah sajalah. Nanti insyallah
i will get pengalaman dari situ. 
Hehe totally rasa malas je nak kena siap-siap then gi office. Nevermind bak kata tadi lah, nakkan pengalaman. Ok insyaallah I hope tomorrow is better than today. 
Wish me luck guys. :) 
See you soon. xoxo





Makeup Brush



Assalamualaikum,
Now nak bagi tips untuk cara macam mana nak cuci makeup brush. Hrm korang mesti ada kan makeup brush kat rumah even sebatang or dua batang brush. Makekup brush korang tu kene cuci selalu tau sebab nanti bakteria sume terlekat pada brush dan bila korang guna nanti terkena pada kulit muka korang tu. 

Korang bole gunakan pencuci berus makeup. Ada dijual di semua tempat. Yang tu lagi senang tapi kalau korang takde korang bole gunakan shampu baby je. Cara dia macam ni. 

First thing korang perlu ada ni : 





Nampak tak ada kesan kotor tu kat berus,  so kena cuci supaya kesan kotor takkan melekat dekat kulit korang bila korang apply makeup nanti. Cuci dengan kerap tau.



Then ambil Syampu baby, jangan risau murah je ni. hehe


Then ambil air yang bersih, nanti korang akan cuci berus dalam ni.


Nanti letakkan syampu baby tu dalam gelas yang berisi air tadi


Ok then korang kacau kacau la berus tu dalam gelas tu



Tengok dah kotor dah air tu, eukkk



Ok lepas dah cuci dengan syampu tu korang kena bilas pulak dengan air, jangan biarkan berus tu tegak ye nanti bulu berus tu rosak. Korang letakkan bulu berus tu ke bawah supaya air mengalir pada bulu berus tu ke bawah. Dan yang paling penting air tu jangan buka sampai terlalu kuat ye nanti boleh merosakkan berus tu pula.


Then korang keringkan berus tu, letakkan pada towel yang bersih dan biarkan ia sampai kering then boleh gunakan  :) Then lakukan step dari mula untuk cuci berus yang lain pula.


Ok, taraaa, macam ni lah :D


ok, itu je macam mana nak cuci berus makeup hihi. So I hope uolls boleh ikut tips ni bagi sesiapa yang tak tahu macam mana nak cuci berus makeup. Bye Guys !